LAPORAN INTERNATIONALFUTURE SCIENTIST CONFERENCE
International Future Scientist Conference 2018
Pada 24 Julai 2018 hingga 26 Julai 2018, pihak Pusat PERMATApintar Negara telah mengadakan International Future Scientists Conference (IFSC) 2018. Persidangan tahunan Pusat PERMATApintar Negra ini telah memasuki tahun ke-8 sejak ia bermula pada tahun. Tema IFSC tahun ini ialah Empowering Young Researchers. IFSC ini telah disertai oleh 27 buah kumpulan yang terdiri daripada sekolah-sekolah di seluruh Malaysian dan juga tedapat 3 buah kumpulan dari Niigata Prefectural Shibata High School, Jepun.
Persidangan ini dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa UKM, YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd. Marzuki bin Mustafa. Dalam ucapan perasmian beliau, beliau memberitahu objektif persidangan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar tentang penyelidikan.Selain itu, persidangan ini juga bertujuan untuk menarik minat para pelajar dalam bidang sains, teknologi kejuruteraan dan matematik atau disebut sebagai STEM.
Hari pertama persidangan merupakan hari pendaftaran peserta-peserta yang menyertai IFSC. Selepas itu, setiap kumpulan diberi masa untuk persediaan bagi menyiapkan booth yang telah diberi. Setiap booth terdapat poster penyelidikan setiap kumpulan dan peralatan-peralatan yang akan digunakan untuk dipamerkan kepada juri-juri dan khalayak ramai padi hari kedua.
Hari kedua pula merupakan hari dimana setiap kumpulan perlu membentangkan hasil penyelidikan mereka kepada juri-juri yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah UKM. Pelajar Kolej PERMATApintar UKM serta pelajar Asasi Pintar UKM juga hadir pada hari kedua untuk mendengar penyelidikan peserta-perserta International Future Scientists Conference 2018.
Pada hari ketiga persidangan, peserta-peserta IFSC 2018 serta pelajar-pelajar Kolej PERMATApintar UKM menghadiri bengkel yang disampaikan oleh Prof. Datuk Dr. Noriah Mohd Ishak, Pengarah Pusat PERMATApintar Negara. Selepas itu persidangan disambung dengan majlis penutupan dan pemberian hadiah kepada para pemenang. Ia telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Mohammad Kassim, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi UKM.
Setiap kumpulan akan menerima pingat gangsa, perak ataupun emas mengikut pemarkahan yang telah diberikan oleh juri-juri semasa pembentangan dan penilaian yang telah dijalan pada hari kedua. Terdapat 3 buah kumpulan yang mendapat pingat emas telah anugerah khas semasa IFSC 2018. Selepas itu, para peserta telah dihiburkan dengan persembahan tarian daripada pelajar-peljar Kolej PERMATApintar UKM. International Future Scientists Conference 2018 diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan
International Future Scientists Conference ini berakhir dengan jayanya seperti tahun-tahun sebelum ini. Banyak ilmu yang boleh dipelajari semasa persidangan ini berlangsung. Pihak Pusat PERMATApintar Negara berharap agar International Future Scientists Conference dapat dijalankan lagi pada masa yang akan datang dan banyak penyertaan yang akan menyertainya.
Sekian, terima kasih.
Comments
Post a Comment